CUTI RAYA HAJI

PART 1

LOKASI : ELAISE ESTATE

MASA : 1530 (SABTU)

PIKAT: L

Cuaca petang ini sungguh cerah..sampai di laman riuh rendah jugah BH di beberapa tempat. Laman 1 tidak membuahkan hasil sora sedang kopi o nipis..dah turun laga..namun kalau bukan rezeki..tak tapau la..halau BH dah 2x naik atas belakang pikat. Laman ke 2. Sora dengan serak ckit..pasang L. pikat patuk2 tanah..main ranting, baru la buat keja. BH sampai anggar..bawa betina sekali..dok melepak dua2 atas pelepah sawit, lama jugak, akhirnya turjun juga si jantan, anguk..angguk..angguk. Game over. Memandangkan esok raya haji..so merdekalah di situ.

Gambar :


PART 2

LOKASI:ELAISE ESTATE

MASA: 0730 (PAGI)

PIKAT:BBN9

Pagi ini cuaca agak mendung pada mulanya..so bergerak dengan misi nak repeat yang hari sabtu..sebelum tu warming up BBN9 dulu..Laman 1st . BH target rantau ckit2..pasang BBN9. Cepat juga wat keja biasalah laman 1st. Tak lama kemudian datang dari mana pulak bh nie..angguk seround terus ke anggar dan terjun laman. Angguk..angguk dah sangkut. Game over. Ada gagap semata.

GAMBAR :


LOKASI : ELAISE ESTATE

MASA : 1620(PETANG)

PIKAT : L

Petang ini turun bersama L untuk syif petang. 1st laman panaskan pikat. 2nd laman ke laman rantau. So sampai laman dengar..ehh mana perginya..kaso kendur adalah jalan ckit..lain mcm jer tempatnya. Rupanya salah tempat..gerak ke depan sikit barulah betul..dengar kejap..ada bunyi. Terus keluarkan L pasang dan nyorok..Bh lambung guk. L teruskan kejanya..kali ni lama jugak menunggu..bh bunyi setempat jer dari tadi..L perap..perap..dan perap..tetiba bh lambung..apalagi..landing di anggar yang tersedialah..bh angguk..perap..sah rantau..angguk lg..terjun laman..angguk..angguk..dah sangkut. Game Over. BH lambung dengan racik sangkut pikat.

GAMBAR :

pikat tercucuk tumang racik.

Sekian.

CUTI-CUTI DI KHG PART 2

Lokasi : Sg Peroh

Masa : 0645

Pikat : BBN9

Hari ini kononya nak pi repeat sora kaso yg belasah pikat semalam lah, tp bawak bbn9 saja, anggap lah pi ngajo jauh sikit, rasanya nie la pengalaman main jauh buat BBN9, bunyi tk bunyi tawakkal saja la, sampai di lokasi, ada orang ambik buah sawit la pulak, bh target pun tk tau ke mana. So ambik keputusan ronda2 lah kawasan berdekatan. Short to the point,

Laman ke 2

Kedengaran sora kaso dok perp je, jadi pasanglah BBN9, Nampak bh lintas agaknya, memulakan kerja, tp biasalah bunyi macam BB, lebih kurang dekat 10 minit, sampailah sora kaso ke anggar, BB perap, perap, seketul2 je, hampir 5 minit, terjun jugalah, nguku ke BB, baru 3 round nguku dah settle, game over. BH ke-5 BBN9 tapau.

Gambarnya :

Videonya (low quality) :

Sekian..


Cuti-cuti ke KHG

Lokasi : Sg peroh

Masa : 0645

Pikat : L

Hari dah set nak ke kahang, bukan apa dah hampir setahun tak ke sini..bergerak awal pagi..meredah kabus pagi..kelihatan jalan ke sana basah seperti hujan di malam tadi..mungkin bh pun kesejukkan agaknya..sepanjang jalan menuju ke laman target..ada juga bh turun makan..berhenti dengar kot2 ada yang nyani..senyap sunyi..so teruskan lagi perjalanan yang memakan masa hampir 20 minit..jalan pun agak licin..becak.Akhirnya sampailah di lokasi..ada juga bh nyanyi di sini..so ada sekor sora leh tahan..isi tak tau lah..cubalah tengok..tk nak datang juga himpit agak2 3 pokok sawit..bh terus berdeguk lg..pikat tekan tekan..bh senyap..pikat tekan rapat..kelibat bh lom kelihatan lg..terlindung pokok sawit agaknya..tungu punya tunggu..terjun juga..inilah hasilnya.

Laman ke2..pikat kena belasah kaw2.pikat pun belom betul2 fit lg.kemas2 balik lah.

sekian..


SEPAGI DI PT RAJA

LOKASI : PT RAJA

MASA : 0700

PIKAT : L

Sehari sebelumnya dah set dengan saudara Najib dr Skudai nak melaman di PT RAJA. Jadi pukul 0715 jumpalah semuanya di  7E PT RAJA. Kemudian bergerak ke rumah Otai yusof. Terima kasih kerana memnjamkan kenderaan tunggangan iaitu moto. Kemudian terus bergerak ke lokasi bersama saudara Najib, Wak dan Jimy. Jimy yang selalu turun ke sini sebagai guider. Dipendekkan cerita inilah hasil untuk hari ini.

Laman 2 :


Laman 3 :

Sekian..


LEWAT PTG

LOKASI : LDG UNIJAYA

MASA : 1600

PIKAT : L

Bergerak dari rumah pukul 4 ptg..cuaca masih panas tetapi awan mendung sudah mula berarak.

Misi tetap diteruskan walaupun angin bertipu kencang..dipendekkan cerita. Laman ke3..sora sedang dok keja tarik guk jer..pikat jalankan tugas seadanya..tk juga sampai sora sedang nie. Yang datang sora kaso rendah..game boleh tahan..hampir sejam berkasi barulah terjun laman..nguku nguku..dah aptuk racik, game over.


Sekian.. 



MENDUNG JE

LOKASI:LDG BKT BDAK

MASA:1500

PIKAT:L

Cuaca hari ini pada mulanya panas kemudian bertukar mendung disertakan angin bertiup..dalam hati dah set petang ne nak main ulu remis/bkt bdak.Sampai di ulu remis bh sunyi jer..bergerak lah ke bkt bdak.Puas juga pusing sana sini..baru la kedengaran bh dok bergasak..sora sedap juga telinga mendengarnya..pasanglah pikat..lama juga menungggu tp bh tak nak rapat. So ubah lah laman..tak sampai 5 minit sampai anggar..nampak tk senang duduk..pindah pelepah sana sini..terjun juga…lega..bh nguku 3 round game over.

Inilah gambarnya:



sekian..


Separuh Hari Di Batu Pahat

Lokasi:Batu Pahat

Masa : 0800 am

Pikat : L

Bergerak ke BP pukul 7 pagi..sampai di lokasi lebih kurang pukul 0800. Cuaca pagi yg mendung cukup sejuk .Bh pastu kesejukkan kerana hujan baru saja berhenti. Laman kedua baru la tapau..bh sora sedang.. bh datang kuar angguk anggar leh tahan, 4,5 round jugak baru terjun laman, nguku 2 round dah game over.

Sekian, saja.


Warm up L

Lokasi : Ldg Elaise

Masa:1745

Pikat:L

Musim mikat pun dah sampai hujung tahun dah..cuaca pun tak menentu..tapi aktiviti yang cukup menarik ini diteruskan jua. Dipendekkan cerita pukul 5.30 dah gerak ke laman bersama L. Tahun 2011 L baru turun kali ke3 atas faktor2 kesihatan. Setelah puas meronda baru la jumpa laman yg bh agak meriah..terus pasang racik dan L..lama juga L termenung..akhirnya tk tahan dengar bh bising..mulalah..perap..perap..perap..BH pun sampai..pindah anggar..nguku seround..terus terjun..angguk 4 round..game over..kemas racik..terus balik.



 

Sekian.


mengajar BB di Pt. Raja

Lokasi: Pt raja

Masa:0700

Pikat:BBN9

Hari ini dah planing dengan otai yusof di pt raja nak melaman bersama..turut bersama saudara jimy dr jb dan mat desah dr pt raja..sebelumpukul 0800 semua dah sampai di rumah otai yusof. So bergeraklah ke laman..dalam perjalanan kelihatan berterbangan BH..dah mcm zoo safari..punya la banyak BH di sini..yg dok bertenggek atas kabel elktrik..yang turun di jalan dan macam2 lagi. Dipendekkan cerita laman 1 bh tk nk terjun.

Laman ke2

Pasang BB..tk nak datang pulak BH ne..ubah laman bg dekat ckit..BB perap 5,6 ketul..berdesup 2 bh datang..terjun laman..dua2..belasah BB..yg taiko kantoi..game over.

Gambar:


Video:


Sekian.

Lagi..mengajar BBN9

Lokasi:Ldg Elaise (LE)

Masa:0745

Pikat:BBN9

Pagi aktiviti seperti minggu lepas..turunkan BBN9..training..training..sampai laman yg dikenalpasti ada 2 ekor bh sedang nyayi..satu sora sdg..lg satu kaso..dua2 kopi o..gasak aja..turunkan BBN9..menekan2..tarik guk..menekan lg..bh lambung..terus landing dilaman..dan akhirnya game over seperti di bawah.

Gambar:





Video:


Cukup 5 laman..balik..cukuplah untuk hari ini...sekian, terima kasih.

Turunkan BB_9 lagi

Lokasi : LDG Elaise (LE)

Masa:0730

Pikat:BB_N9

Pagi ini cuaca mendung berlarutan daripada hujan lebat semalam..misi mengajar BB tetap diteruskan dengan harapan matahari akan menerbitkan sinarnya. Hari ini pun bergerak secara solo lagi. Laman 1, lokasi yang dipilih adalah sawit kecik, memandangkan cuaca mendung dan awal pagi, kedengaran bh menyanyi2 walaupun dalam kesejukan akibat hujan lebat. Laman sesuai dikenalpas, N9 pun diturunkan..belum sempat setting port nyorok dah nyayi..nampak bh agaknya nih..N9 mula perap dan perap..kemudian lambung guk..akhirnya sampai juga bh..landing anggar kejap terus turun laman..nguku2..perasan racik..nguku2..nguku2..tk tahan masuk laman lg..kali nie..gam over..pastu pacak lg 3 laman..tk ada bh yg melayan.

Gambar :

Video :



sekian, terima kasih.

MENGAJAR BB LAGI..

LOKASI:LDG LAMBAK (LL)

MASA:O730 (sabtu)

PIKAT:BB_N9

Rutin harian hujung menggu sekarang ne train bb jer lah..so aribe bergerak solo je..lokasi pilihan sama dengan minggu lepas..sambil riki port sambil mengajo..cuaca cantik betul hari ini. Laman 1 ,bh tak layan.

Laman 2,

BH target, sora sedap telinga mendengar je, sesuai dengan objektif untuk mengajar..haha..dipendekkan cerita..turunkan bb..tunggu punya tunggu bh lain yang datang..sambungannya lihat video di bawah.....

bila bh sampai :


bila bh turun laman :


sekian, terima kasih.

Cabaran 1 buat BB_n9

Lokasi : Ldg Lambak

Masa:0730

Pikat:BB_n9

Pagi ini bergerak dengan bad pukul 0730, ke laman sora sedang bersih..sampai di laman terus pasang BB..5 minit jugak baru nak nyanyi..namun bh tk kunjung tiba juga. Dah bosan menunggu, set dengan bad kita ke ldg lambak lah..sambil2 riki laman..puas jugak meronda. Sampailah di satu laman..bh sedap telinga mendengar saja..terus pasang bb..kali nie ada peningkatan..tk tahan dengan bh memekak..akhirnya bb mengeluarkan suaranya..perap dan perap..seterusnya tarik guk..bh pula yang panas telinga nampaknya..terus ke anggar..kasi nguku anggar..bb biasalah menekan seketul2..hati dah panas..terjun juga bh..jauh juga..aksi nguku2 bermula dan game over.bh sora sedang nak kaso..sedap telingan mendengar saja.

picture :


video:


sekian

Bagi BB3 makan tanah..

Hampir sebulan direhatkan atas faktor2 kesihatan dan meluruh..hari ne turunkan bagi makan tanah jer..di laman training.

sekian..terima kasih.


Turunkan new BB

Lokasi: EE

Masa:0730

Pikat: new BB

Aksi BB di laman 4..kualiti tidak memuaskan.

sekian.


BH EXTRA TIME

Lokasi : Unijaya Estate (UE)

Masa:0730(ahad)

Pikat:BB3

            Malam semalam dah confirm dengan member hari  turun nak tangkap bh idamannya. So awal pagi dah gerak ke lokasi..sampai di lokasi mat indon pulak dok ada..so main dulu lah ke kawasan lain lain. 3 laman dah dicuba namun tiada hasil, BB3 pun bunyi ala2 kadar jer, sora pun tk berapa nak keluar. Member dah tapau 2 dah..akhirnya sebelum balik singgah la ke laman target asal. So pasanglah BB3 seadanya..lama jugak baru Nampak kelibat bh tersebut..sora sedap tapi kopi o..BB3 bunyi la seadanya..pikat member tak igtpunya bunyi..akhirnya BH ke anggar BB3..BB3 kasi angguk anggar 2 round..menekan2..dan terjunlah BH..nguku2..tp tk berani nak rapat ngan BB3, pusing laman dan game over. Inilah rupa BHnya.







Bawak BB3 ke laman

Lokasi: Elaise Estate (EE)

Masa:0715 (Ahad)

Pikat:BB3

Minggu ne cuaca cantik..Cuma kepanasan tahap melampau..hari ini turun dengan penuh harapan kepada BB3, inilah harapan yang ada di kala pikat L masih belum pulih dan mungkin berehat panjang Lokasi memang dah ada, sampai di lokasi..masih lagi berkabus..dah ada bh melakukan senaman akrobatik.

Laman 1

Di sini agak meriah 2,3 ekor bh nyanyi kegirangan, turunkan BB, ambik port sembunyi..bh dia pulak, buleh tahan sensor dia, peka betul, tunggu je lah, BB3 macam biasalah, betul bulu, patuk2 tanah, hampir 10 minit bh kembali nyanyi, BB3 pun turut serta dengan perap seketul2, sora sedang terpukau dengan sora BB3 terus datang terlajak 2 pokok sawit, semakin rancak BB3 berpadu suara dengan BH, tapi macam biasalah seketul2 jer..bh tk tahan pindah betul2 anggar, aksi perap dan perap berterusan, lama jugak, akhirnya turun jugak BH, celih racik rupanya, aksi sepak menyepak bermula, dan akhirnya bh terdiam, kepala masuk bawah kepak BB, sekali pergi nak ambil, terbang bebas la pulak, hampa.

Laman 2

Kali ini target sora kaso, angguk boleh tahan, pasanag BB3, ambil port. Kali ini lama jugak baru nak on. Tak lama kemudian datang la, otai kawasan sora sedang tinggi. Bermulalah aksi nyanyi, bh ne agak garang, terus ke anggar, BB3 kasi nguku anggar, dah panas masa laman1 tadi agaknya..tak tggu lama terus terjun laman, aksi nguku bermula dan game over.


sekian.



backdated 16.4.11

Lokasi : L.elaise

Masa:0730

Pikat : L

Sementara BB3 direhatkan L dah siap meluruh turun buat kali kedua..tiada hasil di laman pertama..cuba lagi dilaman kedua. Nampaknya ada harapan..himpit sora sedang kaso..selangnya boleh tahan..kali ne turun bersama bad..masing2 pilih laman, L dah tk sabo nampaknya..dah nyanti dalam cetok..masa berlalu hampir 5 minit, masih belom ada tanda2 BH nak datang..akhirnya..sampai juga BHnya..sampai anggar..lompat 2 pelepah terus terjun..nguku2..game over..inilah hasilnya..


sekian.


Permulaan..BB3

Lokasi: Ldg elaise

Masa:0730am

Pikat:BB3

Tahun 2011..banyak betul cabarannya..yealah tak tapau2 dari bulan 1. Hari ini turun bersama member, bad. Set dengan dia nak main dekat jer..maklumlah bawak BB.

Laman 1.

Setelah pusing sana pusing sini..jumpalah seko BH, sora tk mcmana pun, selangnya boleh tahan. Denagan pantasnya masing2 cari port..terus turunkan BB3. Tak sampai 5 minit dah menekan 5 ketul, diikuti lambung guk..permulaan yang baik nampaknya..hampir minit ke 10..2 BH datang..seko ke pikat bad, satu ke BB3..selang 2 pokok..BB3 dengan menekan seketul2..lama jugak tunggu..berterusan..sampai dah lenguh dah dok tggu..akhirnya terjun jua..aksi nguku2 bermula, diikuti aksi sepak menyepak dan diakhiri dengan tapau.

 

Sambung lagi main 3 laman..namun BB3 pun kurang main..si bad tapau seko SG kaso angguk lebat. Jam 12 bersurai.

Terima kasih.